fbpx

Pemegang visa pelancongan boleh tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah menjelaskan bahawa pelancong yang datang ke Arab Saudi menggunakan visa pelancongan boleh menunaikan umrah selepas mendapatkan permit umrah dengan melengkapkan prosedur melalui permohonan menerusi aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Kementerian tersebut berkata, pemegang visa lawatan juga boleh mendapatkan izin umrah dengan menyelesaikan proses pendaftaran melalui aplikasi Eatmarna.

“Pendaftaran akaun di Eatmarna hanya boleh dilakukan selepas pemegang visa mengemaskini status kesihatan dalam aplikasi Tawakkalna.

“Hanya mereka yang sudah divaksin lengkap terhadap Covid-19 atau lengkap 14 hari selepas mendapatkan dos pertama atau telah sembuh daripada jangkitan Covid-19 berhak mendapatkan visa umrah,” jelas kementerian itu.

Kira-kira 500 buah syarikat perkhidmatan dan pertubuhan umrah serta lebih 6,000 ejen umrah dari luar negara sudah mula menerima jemaah umrah yang sudah divaksin sejak 9 Ogos lalu.

Jemaah yang berhasrat untuk menempah pakej umrah boleh membuat pembayaran melalui 30 buah laman elektronik dan platform tersedia bagi tempahan dari seluruh dunia.

Kementerian Haji dan Umrah baru-baru ini memaklumkan tentang rancangan untuk melancarkan mekanisme baharu bagi mengeluarkan visa umrah secara dalam talian.

Kementerian itu menegaskan kesediaannya untuk menerima seramai mungkin jemaah umrah berdasarkan kuota  telah dipersetujui dengan sejumlah negara Islam lain sebelum tercetusnya wabak Covid-19. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI