fbpx

KAFA tidak berhasrat lepas Nik Akif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIK Akif (kanan) sebelum ini dilaporkan sedia dijual sekiranya terdapat pasukan menebus klausa kontraknya yang bernilai RM1 juta.

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) melakukan ‘pusingan U’ selepas tidak lagi berhasrat meletakkan pemain tengah sensasi, Nik Akif Syahiran Nik Mat dalam pasaran perpindahan pemain penghujung tahun ini.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Naib Presiden KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid yang mengesahkan tiada lagi perbincangan untuk menjual mana-mana pemain sehingga tamatnya saingan Liga Malaysia musim ini.

Kata Ahmad Muzakkir, ke­­­n­yataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman itu lebih kepada bersifat peribadi dan ia tidak dibincangkan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) sebelum ini.

“KAFA tidak pernah membincangkan perkara tersebut (menjual Nik Akif) dalam mesyuarat Exco sebelum ini dan tiada ke­nyataan rasmi yang dikeluarkan.

“Segala keputusan berhubung masa depan pasukan akan dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat.

“Apa yang pasti, saya anggap kenyataan Husin lebih bersifat peribadi dan spontan yang dilontarkan oleh beliau (Husin) ketika menjawab persoalan berkait penyelesaian masalah hutang semasa KAFA,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebagai rekod, Kosmo! pada Ahad lalu telah melaporkan The Red Warriors bersedia menjual Nik Akif tetapi dengan syarat mana-mana pasukan yang berminat perlu menebus klausa kontraknya yang bernilai RM1 juta.

Bagaimanapun, keputusan KAFA itu telah berdepan kritikan daripada penyokong dan bekas pemain Kelantan yang menganggap keputusan untuk melelong pemain bagi menyelesaikan hutang RM4.6 juta sebagai tidak berbaloi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI