fbpx

Ibu hamil mengidam minum cecair Dettol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sindrom ini dikaitkan dengan gangguan makanan dan kekurangan zat besi dalam badan ibu hamil. - Shuttershock

BRISBANE, Australia – Seorang wanita hamil di Australia menjadi tular di media sosial apabila meluahkan rasa mengidam untuk meminum cecair pencuci Dettol dan cecair pembasmi kuman, lapor akhbar Daily Mail, baru-baru ini.

Luahan disiarkan  menerusi laman Facebook itu menyatakan bahawa perasaan tersebut mula timbul sejak dia hamil anak kedua.

Menurut wanita itu, setakat ini, dia hanya berani menghabiskan masa menghidu bau pencuci Dettol, namun sangat teringin untuk meminumnya jika boleh.

“Kalau ia selamat diminum, sudah lama saya minum cecair Dettol ini,” katanya.

Menurut kajian kesihatan, sindrom itu i dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam badan ibu mengandung dan gangguan pemakanan, PICA yang mendorong seseorang memakan sesuatu yang bukan makanan.

Ibu hamil disaran untuk berjumpa doktor atau pakar ginekologi untuk membantu menangani  situasi tersebut  agar tidak bertukar menjadi lebih serius. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI