PERCINTAAN pasangan selebriti popular, Lee Seung-gi dan Lee Da-in mungkin bukan sesuatu yang asing buat peminat dunia hiburan K-pop.
Sayangnya, selepas membuat pengakuan sedang dilamun asmara, kini peminat dikejutkan dengan satu spekulasi mengatakan hubungan percintaan mereka sudah mula goyah.
Desas-desus yang mendakwa pasangan itu mungkin sudah berpisah dan membawa haluan hidup mula tercetus selepas Lee Da-in dilihat memuat naik status berbaur sedih dalam Instagramnya.
Menerusi status, dia seolah-olah sedang putus cinta.
Bagaimanapun, hasil risikan dan maklumat teman rapat kedua-dua selebriti itu, seorang sumber tampil mengesahkan bahawa hubungan mereka masih utuh dan tiada sebarang permasalahan berlaku kepada mereka.
“Mereka masih bertemu dan menjalinkan hubungan seperti baisa. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan,” kata sumber terdekat mereka kepada media.
Untuk rekod, sebenarnya sudah setahun Da-in dan Seung-gi menyulam cinta.