fbpx

Agensi pelancongan dibenar beroperasi serta-merta tanpa daftar CIMS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy.

PUTRAJAYA – Syarikat agensi pelancongan dibenarkan beroperasi serta-merta tanpa perlu mendaftar dengan Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) bagi menjayakan projek rintis gelembung pelancongan Langkawi yang akan bermula pada 16 September ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri pada pagi tadi.

Justeru, Nancy menyifatkan, keputusan tersebut sebagai berita baik dan yakin usaha membantu sebanyak 5,335 syarikat agensi pelancongan berdaftar di negara ini yang terkesan hampir dua tahun untuk menjana semula pendapatan mereka dapat dilaksanakan segera dan berjalan lancar.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memulihkan ekonomi dan memastikan kesinambungan perniagaan penggiat industri pelancongan dan kebudayaan terutamanya dalam mengekalkan pekerjaan mereka yang terlibat dalam rantaian sektor yang sama.

“Malah, insentif seperti pemberian bantuan khas one-off RM3,000 kepada agensi pelancongan turut disediakan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga Julai lalu, sejumlah 2,899 agensi pelancongan telah menerima bantuan dengan jumlah pembayaran sebanyak RM8.6 juta.

“Pembayaran kepada 2,436 agensi pelancongan lagi sedang diproses,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI