fbpx

Vida minta doakan Cik B lembut hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDA (kanan) memohon orang ramai dapat mendoakan agar hati Cik B 'lembut' bagi menerima pelbagai perkara yang berlaku ketika ini.

PETALING JAYA – Selepas mencetuskan kontroversi selepas mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida memohon agar orang ramai mendoakan agar anak sulungnya, Cik B lembut hati.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 50, menerusi sebuah video dalam Instagram memberitahu Cik B memerlukan masa untuk menghadam semua perkara yang berlaku ketika ini.

Vida bagaimanapun tidak berkongsi lanjut sama ada perkara tersebut berkaitan dengan perancangannya untuk mendirikan rumah tanggga atau sebaliknya.

“Cik B perlukan masa dan minta anda semua doakan agar dia lembut hati dalam segala urusan dan jadi anak yang solehah,” katanya dalam nada sebak.

Dalam video sama, pelantun lagu I Am Me itu sentiasa berdoa agar Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, menjadi anak solehah dan boleh menyambung empayar perniagaannya kelak.

“Setiap hari saya berdoa agar Cik B jadi anak yang hebat, rajin pandai bisnes, cantik dan kurus serta berdikari.

“Saya ada bisnes banyak. Empayar bisnes besar tetapi dua anak saya tidak suka populariti dan mahu hidup seperti remaja lain.

“Namun, semua itu tak boleh elak sebab mereka dilahirkan dan dikurniakan kelebihan populariti kerana dilahirkan sebagai anak Datuk Seri Vida,” katanya lagi.

Turut menitiskan air mata dalam video tersebut, Vida memberitahu dia tidak akan pernah meninggalkan anak-anaknya bersedirian dalam mengharungi kehiduoan mendatang.

“Saya tak pernah tinggalkan Cik B seorang diri ataupun sedih. Sebagai ibu saya mahukan yang terbaik untuknya.

“Semoga doa-doa seorang ibu termakbul untuknya,” ujarnya.

Terdahulu, Vida mengakui bakal menamatkan zaman jandanya dengan dengan lelaki muda bernama Ahmad Iqbal Zulkefli menjelang Disember nanti.

Perkara tersebut semakin hangat diperkatakan apabila Vida mengakui belum mempunyai keberanian untuk berbincang soal tersebut dengan anak-anak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI