PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 hari ini melepasi angka 20,000 dengan 21,176 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 1,940,950 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan sebanyak 3,734 kes, diikuti oleh Selangor (3,595 kes), Johor (2,297 kes) dan Sabah (2,246 kes).
“Pulau Pinang (1,939 kes), Kedah (1,808 kes), Perak (1,366 kes), Kelantan (1,254 kes), Pahang (853 kes), Terengganu (776 kes), Melaka (485 kes), Kuala Lumpur (467 kes) dan Negeri Sembilan (252 kes).
“Perlis pula (77 kes), Putrajaya (21 kes) dan Labuan (enam kes),” katanya pada Facebook di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929