fbpx

Isteri anggota polis tertipu tawaran pelaburan online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aibee

SEREMBAN – Seorang isteri anggota polis di Kuala Pilah terpaksa berputih mata menanggung kerugian sebanyak RM20,800 susulan tertipu dengan tawaran pelaburan dalam talian 4 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab. Ghani berkata, mangsa berusia 32 tahun telah menerima pesanan ringkas dalam aplikasi whatsApp dari nombor tidak dikenali iaitu 011-28309138 kira-kira pukul 8 malam untuk membuat kerja dalam talian dan akan mendapat bayaran.

Menurutnya, keesokan harinya, mangsa telah membuat kerja seperti yang diarahkan pengirim WhatsApp berkenaan dari pagi hingga ke malam dan menerima bayaran sebanyak RM230.

“Seterusnya, 6 September lalu, pengirim yang sama telah memperkenalkan satu pelaburan nama IBC Trader dan mangsa telah diperdaya sehingga terdorong untuk melakukan pembayaran duit.

“Mangsa telah melakukan pemindahan secara dalam talian sebanyak tujuh kali menggunakan akaun mangsa ke atas akaun CIMB 7637110028 atas nama Muhamad Saiful Suhaimi dengan jumlah pemindahan wang sebanyak RM20,800,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aibee berkata, mangsa dijanjikan akan dibayar dengan keutungan yang banyak.

Menurutnya, mangsa cuba menghubungi pengirim whatsApp berkenaan untuk meminta kembali duit yang dipindahkan, namun, suspek telah menyekat panggilan mangsa.

“Mangsa yang merasa tertipu telah membuat laporan semalam di Balai Polis Melang bagi tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI