fbpx

Lelaki mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ardi diiringi anggota polis ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pemandu lori yang tular merempuh lima kenderaan sehingga menyebabkan sebuah kereta Perodua Myvi remuk teruk di Jalan Ipoh Isnin lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kenderaan dalam pengaruh dadah.

Tertuduh Ardi Latif, 25, membuat pengakuan tidak tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Amanina Mohamad Anuar.

Mengikut pertuduhan, Ardi didakwa sebagai pemandu lori telah memandu kenderaan tersebut di bawah pengaruh dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine di mana tertuduh tidak berdaya mengawal kenderaan tersebut dan menyebabkan kecederaan kepada pemandu kereta milik Nik Adlee Saha Nik Ahmad Fauzi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Segambut Utara menghala ke Jalan Ipoh di sini pukul 2.40 petang pada 6 September lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 2020) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan penjara tidak kurang tujuh tahun dan maksimum 10 dan denda tidak kurang RM30,000 dan maksimum RM50,000 dan hilang kelayakan memandu untuk tempoh tidak kurang tujuh tahun dari tarikh disabitkan kesalahan.

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd. Rauf.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 berserta syarat tambahan lesen memandu tertuduh ditahan sehingga pelupusan kes.

Tarikh 11 November ini ditetapkan sebutan semula kes. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI