fbpx

Ambil masa 7 jam bersihkan tumpahan bahan kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas membuat semburan air sebagai langkah terakhir di lokasi bagi memastikan bahan kimia yang tumpah dapat dibersihkan.

SUBANG – Pasukan Bomba terpaksa mengambil tempoh masa tujuh jam bagi membersihkan tumpahan bahan kimia yang dibawa sebuah lori yang terbalik di Persiaran Kewajipan, Subang Jaya dekat sini malam tadi.

Lori yang membawa kontena 20 tan berisi bahan kimia jenis pengkakis (virukill) dikatakan terlibat kemalangan sekitar pukul 9 malam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu pukul 9.16 malam.

“Seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya serta Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pemeriksaan mendapati lori kontena 20 tan itu terbalik di tepi jalan dan berlaku tumpahan bahan kimia jenis pengkakis (virukill),” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, petugas memulakan operasi pembersihan pukul 9.22 malam dengan membuat semburan air dari bekalan tangki jentera bomba.

“Pasukan Hazmat kemudiannya menabur soda di sekitar kawasan yang terkena tumpahan bahan kimia termasuk membuat semburan air lagi bagi memastikan tiada sisa bahan kimia,” ujarnya.

Jelas beliau, operasi tamat sepenuhnya pukul 4 pagi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI