fbpx

Pemandu kren maut langgar lembu di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang motosikal maut selepas melanggar seekor lembu di KM91.3 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani, malam semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang pemandu kren maut apabila motosikal ditungganginya merempuh seekor lembu di Kilometer 91.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Bedong, dekat sini pada malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu, Qhairul Idham Baharuddin, 27, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan dalaman.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal jenis Benelli dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Pulau Pinang ke rumahnya di Taman Gurun Jaya, Gurun, dekat sini.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai tidak sempat mengelak dan melanggar seekor lembu yang berada di lorong kiri laluan menyebabkan dia terpelanting sebelum terjatuh ke atas cermin hadapan sebuah kereta Proton Persona.

“Lembu yang dipercayai dari bahu jalan dan masuk ke kawasan lebuh raya itu kemudiannya turut dilanggar kereta Proton Persona dinaiki sepasang suami isteri, mereka bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Anuar berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian selain menjalani ujian saringan Covid-19. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI