fbpx

Pengurus, bekas eksekutif direman rasuah baja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurus pertubuhan peladang (depan) dan bekas eksekutif (belakang) ketika hadir untuk proses reman rasuah baja di Mahkamah Majistret Shah Alam.

SHAH ALAM – Seorang pengurus sebuah pertubuhan peladang yang disyaki menggunakan kedudukannya untuk terlibat dalam rasuah bagi pembekalan 5,000 liter baja cecair organik direman empat hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Perintah reman terhadap suspek berusia 54 tahun itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Namirah Hanum Mohamed Albaki di Mahkamah Majistret di sini.

Turut direman dalam tempoh sama adalah rakan komplotnya berusia 51 tahun yang juga bekas eksekutif pertubuhan tersebut.

Menurut sumber, kedua-dua mereka sebelum itu telah ditahan pukul 3 petang semalam di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Kata sumber, kedua-dua suspek melakukan perbuatan rasuah itu pada tahun 2015.

“Berdasakan siasatan awal mendapati mereka telah menerima suapan masing-masing berjumlah RM13,000 dan RM5,000.

“Ini sebagai balasan membantu sebuah syarikat dalam mendapatkan kontrak pembekalan 5,000 liter baja liter cecair organik untuk input pertanian berjumlah lebih RM140,000,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sumber menjelaskan kesemua baja itu adalah untuk tempat kepada pengurus itu bertugas di sebuah pertubuhan peladang di Selangor.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI