fbpx

Dingoz MZ sedia cabar PMPL MY/SG 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Dingoz MX ceria selepas meraih keputusan yang amat positif pada saingan Jelajah Indonesia tahun lalu.

PASUKAN Dingoz MZ tidak mahu menjadikan penyertaan mereka dalam saingan Liga Pro PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PMPL) Malaysia-Singapura (MY/SG) 2020 sebagai sekadar melengkapkan syarat sahaja.

Sebaliknya, pasukan di bawah organisasi Dingoz e-Sukan itu sudah bersedia memberikan tentangan sengit kepada pencabar-pencabar mereka dalam kejohanan yang sudah membuka tirainya pada Rabu lalu.

Pada saingan PMPL MY/SG musim kedua kali ini, Dingoz MZ mempertaruhkan empat pemain iaitu Muhammad Nur Ihsan Ismail atau nama gelarannya Doz San, Lokman Hakim Abdul Saddar (Bravo), Norazizi Kamal (Doz Ajiji) dan Thanuk Pria Cha (Doz Nuk).

Pengurus Dingoz MZ, Nurhidayah Mohd. Amin atau lebih dikenali sebagai Melor optimis gandingan terbaik pemain-pemain baharu mereka mampu menggalas cabaran tersebut sekali gus membanggakan nama Dingoz e-Sukan pada kejohanan itu.

“Saya berharap gandingan San dan Bravo menjadi buat Dingoz MZ pada saingan kali ini, sama seperti ketika kami menggunakan khidmat Ajiji bersama Marcell untuk musim pertama.

“Ini adalah peluang terbaik buat semua pemain membuktikan kemampuan dan kehebatan mereka walaupun kami sedar cabaran yang bakal dihadapi bukannya mudah.

“Setiap pasukan mempunyai kekuatan masing-masing dan saya percaya dengan barisan pemain Dingoz MZ. Saya juga percaya kami mampu memberikan tentangan untuk saingan musim kedua ini,” katanya.

DINGOZ MZ mempertaruhkan empat pemain iaitu Doz San, Bravo, Doz Ajiji dan Doz Nuk untuk mengharungi saingan PMPL MY/SG musim kedua kali ini.

 

Bagi saingan musim kedua, Lokman Hakim dibawa masuk menggantikan tempat Marcell yang membuat keputusan me­ngundur diri daripada skuad ­Dingoz MZ.

Dingoz MZ dijemput secara langsung untuk beraksi dalam saingan PMPL MY/SG musim kedua selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok 16 pasukan terbaik sewaktu playoff PMPL musim pertama yang berlangsung Februari lalu.

Barisan pemain yang mewa­kili Dingoz MZ pada PMPL MY/SG musim pertama lalu ialah Marcell, Norazizi, Thanuk, Muhammad Nur Ihsan dan Mohd. Hisham Aris (Kratos).

Bagaimanapun, Hisham di­letakkan semula mewakili pasukan kedua organisasi e-Sukan yang berpangkalan di Sepang, ­Selangor itu iaitu Dingoz MX untuk saingan musim kedua ini bersama-sama Muhammad Ariff Rosli (Baman), Muhammad Da­nish Yusniza (Kid) dan Zulkarnain Rosli (9Nine).

ORGANISASI Dingoz e-Sukan turut mempunyai skuad khas dalam kalangan pemain wanita dikenali sebagai Dingoz Goddes yang diwakili Nur Ainii Rodhiah, Siti Khairun Nisa, Marylin Litel Lehan dan Nor Dalila Hanis Mahadi.

 

Selain pasukan lelaki, organi­sasi itu turut mempunyai skuad khas untuk para pemain wanita dikenali sebagai Dingoz Goddes yang diwakili Nur Ainii Rodhiah, Siti Khairun Nisa, Marylin Litel Lehan dan Nor Dalila Hanis Mahadi.

Organisasi e-Sukan Dingoz yang dimiliki oleh Ding Yoon Yew mula ditubuhkan pada Julai tahun lalu dengan mempunyai 200 pengikut sebelum pengaruh mereka semakin berkembang dan kini sudah mencecah jumlah 38,000 pengikut.

Sebagai rekod, antara pencapaian terbaik Dingoz pada tahun ini ialah bergelar juara Kejohanan e-Sukan IO dan Kejohanan e-Sukan Negeri Sembilan serta menduduki tempat ketiga untuk pertandingan Popcorn V37 dan Cabaran Stay@Home.

Lebih menarik, Thanuk yang berasal dari Kedah, pernah diangkat sebagai Pemain Paling Bernilai pada Kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI