fbpx

Kontraktor terjerat pinjaman tidak wujud, rugi RM60,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang kontraktor dari Raub mengalami kerugian RM60,000 selepas terjerat dengan tawaran pinjaman peribadi tidak wujud selepas dia diumpan dengan pinjaman sehingga RM250,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula pada 27 Mac lalu selepas mangsa menerima panggilan telefon dari nombor tidak dikenali.

“Pemanggil memperkenalkan diri sebagai ejen pinjaman peribadi dari Kuala Lumpur dan menawarkan mangsa pinjaman peribadi. Setelah berbincang mangsa bersetuju untuk membuat pinjaman berjumlah RM250,000 dengan kadar bayaran bulanan sebanyak RM7,000 sebulan selama lima tahun,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya menyerahkan butiran peribadi dan dokumen berkaitan termasuk salinan kad pengenalan dan penyata akaun bank miliknya.

Tambahnya, mangsa turut melakukan pembayaran sebanyak RM30,000 pada 17 Ogos lalu sebagai bayaran pendaftaran pinjaman.

Mohd Wazir berkata, keesokannya suspek menghubungi mangsa mengatakan permohonannya telah lulus dan mangsa diminta untuk membuat bayaran proses sebanyak RM30,000.

“Selepas bayaran dibuat, mangsa diminta untuk tunggu wang pinjamannya dikreditkan ke akaunnya namun pada 9 September lalu, suspek sekali lagi menghubungi mangsa dan meminta bayaran upah kerana membantu meluluskan pinjaman mangsa.

“Mangsa tidak membuat bayaran seperti yang diminta suspek kerana berasa curiga malah sehingga kini dia belum menerima wang pinjaman yang dijanjikan sebelum tampil membuat laporan polis kerana mengesyaki telah ditipu,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI