fbpx

Pemandu lori rempuh lima kenderaan dituduh hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu berusia 25 tahun itu ketika dibawa ke Mahkamah Trafik Jalan Duta, dekat sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pemandu lori yang merempuh lima kenderaan sehingga menyebabkan sebuah kereta Perodua Myvi remuk teruk di Jalan Ipoh akan dituduh di Mahkamah Trafik Jalan Duta, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, lelaki berusia 25 tahun itu dituduh di bawah Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Mengikut pertuduhan Seksyen tersebut, lelaki itu didakwa memandu kenderaan dibawah pengaruh dadah dan menyebabkan kecederaan kepada mangsa,” ujarnya ringkas sebentar tadi.

Terdahulu, pemandu warga tempatan itu telah ditahan reman selama empat hari bermula Selasa hingga hari ini (Jumaat) bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 6 September lalu, lori yang dipandu laju oleh lelaki tersebut hilang kawalan sebelum merempuh dua Perodua Myvi termasuk Proton X70, Honda HRV dan Peugeot 208 FL yang berhenti di lampu isyarat merah di Jalan Ipoh, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang, rempuhan itu mengakibatkan seorang pemandu Perodua Myvi berusia 45 tahun cedera ringan pada bahagian muka dan ditempatkan di zon hijau, Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Pemandu kenderaan lain sudah menerima rawatan dan tiada kecederaan serius dilaporkan.

Pada masa sama, polis turut mengesahkan pemandu lori berkenaan positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI