fbpx

Sos Tiram Mahsuri janji kelainan rasa masakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soto ayam kampung yang enak

PETALING JAYA – Sos Tiram Mahsuri menjanjikan kelainan dan keunikan rasa tersendiri kepada para penggemar sos berkenaan.

Menurut kenyataan pengeluar produk itu, Mahsuri Food Sdn. Bhd. (Mahsuri Food), sos tiram sebenar dikeluarkan pihaknya mengandungi pelbagai ramuan yang membezakannya dengan sos tiram lain di pasaran.

“Sos tiram kami bertekstur lembut, berwarna coklat gelap dan berkilat, dengan rasa umami (memperkayakan rasa makanan) serta turut menghasilkan aroma tiram segar ketika memasak.

“Sos Tiram Mahsuri juga menggunakan tiram yang bermutu dan segar dari pusat ternakan sendiri yang menggunakan teknologi tinggi,” kata kenyataan tersebut baru-baru ini.

Tambahnya, demi memastikan kesegaran tiram yang diternak, kilang pemprosesan ekstrak tiram ditempatkan berdekatan dengan pusat ternakan.

Sos Tiram Mahsuri

“Kesegaran tiram terjamin kerana ia direbus menjadi ekstrak tiram pada hari yang sama ia diambil.

“Tiram akan direbus secara perlahan untuk ekstraknya. Lebih banyak tiram digunakan, lebih pekat ekstrak yang dihasilkan bagi membuatkan rasa umami yang lebih menyelerakan,” katanya.

Menurutnya, Sos Tiram Mahsuri juga dijamin halal serta tidak mengandungi bahan pengawet membuatkan rasanya lebih menyelerakan.

Resepi Soto Ayam Kampung menggunakan Sos Tiram Mahsuri 

Bahan Hidangan:
500g isi ayam kampung
300g nasi himpit
50g suhun (digoreng)
Hirisan daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Sedikit kacang tanah (digoreng)

Bahan Perapan Ayam:
30g Sos Tiram Mahsuri
20g serbuk kunyit
10g garam

Bahan A (Sup):
Tulang ayam kampung
30g bawang merah
20g bawang putih
20g halia
2 kiub pati ayam
2 liter air
1 bunjut rempah sup

Bahan Pencecah:
50g Kicap Manis Pedas
Mahsuri
20g halia muda (ditumbuk)

Cara-cara:
• Perapkan isi ayam bersama bahan perapan dan goreng hingga garing.
• Angkat dan carikkan halus isi ayam dan ketepikan.
• Tumiskan bahan A sehingga wangi dan masukkan air, masak sehingga mendidih.
• Hidangkan sup ayam bersama bahan hidangan dan bahan pencecah kicap manis pedas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI