fbpx

Hafizh harap kecederaan tidak berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH berharap kecederaan yang kini dialami tidak berulang apabila beraksi pada perlumbaan GP Aragon hujung minggu ini.

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah berharap kecede­raan badan yang menimpanya sewaktu beraksi di Grand Prix (GP) Britain bulan lalu tidak berulang menjelang perlumbaan GP Aragon hujung minggu ini.

Pada perlumbaan itu, Hafizh yang beraksi dalam kesakitan tetap gigih meneruskan saingan dan masih mampu menamatkan perlumbaan Moto2 di kedudukan ke-21 bersama pasukan NTS RW Racing GP.

Selepas melakukan pemeriksaan, Hafizh mengakui keadaan dirinya bertambah baik, namun perlu berhati-hati agar kecede­raan itu tidak berulang.

“Ketika saya ingin turun me­lakukan larian semalam, ada terasa sedikit kesakitan di belakang badan. Namun, keadaan bertambah baik berbanding ketika di Silverstone.

“Saya telah jalani pemeriksaan dan mungkin perlu ambil berat mengenai kecederaan tersebut. Saya harap minggu ini kecede­raan tidak berulang meskipun masih ada rasa sedikit gangguan,” katanya.

Selepas 12 pusingan perlumbaan, Hafizh kini menduduki tangga ke-26 dengan lapan mata keseluruhan. Remy Gardner kekal di tangga teratas dengan 231 mata.

Selain Hafizh, pelumba muda negara, Syarifuddin Azman turut beraksi pada GP Aragon bersama pasukan Petronas Sprinta Racing dalam saingan Moto3.

Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok akan menggantikan tempat John McPhee yang diberi peluang beraksi dalam kelas Moto2 selepas Jake Dixon bersaing bagi kelas perdana, MotoGP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI