fbpx

Hari Sukan Negara 2021 diadakan secara hibrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL mendedahkan bahawa pelaksanaan HSN2021 akan memberi penekanan kepada penggunaan teknologi terkini dengan melibatkan golongan profesional seperti social influencer, pemain industri, atlet, ikon-ikon sukan bagi menarik pengli­batan masyarakat dalam aktiviti yang dianjurkan.

HARI Sukan Negara 2021 (HSN2021) yang disambut setiap 9 Oktober bakal diadakan dengan penuh kelainan pada tahun ini susulan kes jangkitan Covid-19 yang dilihat masih belum reda.

Sebelum ini, pelaksanaan Hari Sukan Negara 2020 tidak dapat diadakan berikutan penularan pandemik Covid-19 yang berada di tahap serius dan dilihat semakin membimbangkan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sambutan HSN2021 akan diadakan secara hibrid dan serentak di seluruh negara.

Katanya, pelaksanaan HSN2021 akan memberi penekanan kepada penggunaan teknologi terkini dengan melibatkan golongan profesional seperti social influencer, pemain industri, atlet, ikon-ikon sukan bagi menarik pengli­batan masyarakat dalam aktiviti yang dianjurkan.

“Hari Sukan Negara merupakan platform terbaik untuk memupuk dan menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai bangsa.

“Prinsip Perpaduan dalam Kepelbagaian di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 turut memberi tumpuan kepada keberhasilan penggalakan aktiviti sosial melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dan diharap dapat direalisasikan melalui platform sukan.

“Sukan kini dilihat sebagai sebuah platform berkesan dalam memperkukuh identiti nasional sesebuah negara, memupuk perpaduan antara pelbagai kaum, agama dan bangsa serta membantu pertumbuhan ekonomi negara dengan nilai komersial yang semakin me­ningkat selaras dengan perkembangan teknologi yang pesat.

“Pandemik Covid-19 telah mempengaruhi pola dan cara kita berfikir, hidup, bekerja, dan bersukan. Pandemik ini tidak menghalang kita untuk terus kekal cergas dan mengamalkan gaya hidup aktif dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Am Sektor Sukan dan Rekreasi yang sedang berkuatkuasa,” katanya ketika berucap pada majlis prapelancaran HSN2021 secara maya semalam.

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah MEGA Aerobic Challenge, KBS Fit and Active, KBS Virtual Run, KBS Fitness Challenge, KBS Myfit@Home, dan akhir sekali iaitu KBS Free style Challenge.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI