fbpx

OPR kekal 1.75 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus.
MPC menyifatkan pendirian dasar monetari adalah wajar dan akomodatif.

Menurutnya, langkah-langkah fiskal dan kewangan akan terus mengurangkan kesan ekonomi terhadap perniagaan dan isi rumah serta memberikan sokongan kepada kegiatan ekonomi.

“Berikutan keadaan pandemik yang tidak menentu, pendirian dasar monetari akan terus ditentukan oleh data, maklumat baharu dan kesannya kepada prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

“Bank Pusat terus komited untuk menggunakan alat-alat dasarnya yang bersesuaian bagi mewujudkan keadaan yang menyokong pemulihan ekonomi yang berterusan,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, BNM menjelaskan, ekonomi global terus pulih, disokong oleh peningkatan aktiviti perkilangan dan perkhid­matan, kekuatan pemulihan berbeza-beza merentas pelbagai negara terutamanya mengikut liputan pemberian vaksin, pelonggaran langkah-langkah pembendungan dan tahap sokongan dasar.

Negara-negara yang mencapai kemajuan yang lebih baik dalam pelaksanaan program pemberian vaksin telah dapat melonggarkan langkah-langkah pembendungan dan membolehkan aktiviti dalam negeri terus pulih. 

Rangsangan fiskal danonetari yang besar di beberapa negara maju terus menyokong momentum pemulihan. Keadaan kewangan juga kekal menyokong pertumbuhan. Secara keseluruhan, imbangan risiko terhadap prospek pertumbuhan global cenderung ke arah pertumbuhan menjadi lebih perlahan. 

Hal ini disebabkan terutamanya oleh ketidakpastian berhubung dengan perkembangan pandemik berikutan munculnya varian yang membimbangkan dan potensi risiko volatiliti pasaran kewangan yang ketara berikutan perubahan dasar monetari ekonomi utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI