fbpx

Rundingan Norizam, KAFA terungkai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norizam (kanan) bertemu dengan Husin (kiri) membincangkan mengenai pengambilalihan skuad TRW di ibu negara baru-baru ini.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU – Rundingan pengambilalihan pasukan The Red Warriors (TRW) antara Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan usahawan burger, Norizam Tukiman dijangka akan dinoktahkan esok.

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata, pihaknya akan mengadakan satu lagi pertemuan dengan usahawan itu di ibu negara sebelum membuat keputusan muktamad mengenai hala tuju TRW.

“Pertemuan hari ini kita membincangkan soal syarat yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak.

“Kita perlu tunggu esok. Setakat ini, saya tidak boleh memberikan gambaran terperinci berhubung perkara tersebut,” katanya.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan, seorang usahawan sebuah jenama burger tempatan dari selatan tanah air menyatakan hasrat untuk menyelamatkan masa depan pasukan bola sepak Kelantan dengan berniat mahu mengambil alih pengurusan pasukan tersebut.

Sementara itu, Norizam yang merupakan pemilik syarikat zamburger.my
menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk memiliki TRW apabila meluangkan masa meninjau sesi latihan pasukan di padang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Pasir Tumboh di sini semalam.

Norizam dilihat bersemangat untuk menjadi pemilik TRW apabila mengadakan pertemuan kedua dengan barisan kepimpin Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di Hotel Perdana semalam.

Zamsaham berkata, pertemuan yang berlangsung semalam lebih kepada sesi mengenali lebih rapat antara pihaknya dengan barisan exco KAFA.

“Saya telah turun untuk menyaksikan sesi latihan TRW. Saya teruja pemain TRW cukup bersemangat walaupun terpalit dengan isu tunggakan gaji ketika ini.

“Jadi saya berharap penyokong terus berdoa agar apa yang dirancang akan berjalan lancar demi kebaikan pasukan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI