fbpx

Gnabry wira kejayaan Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Bayern, Gnabry (tiga dari kanan) meraikan gol pertamanya dalam kemenangan 3-0 ke atas Lyon pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi semalam. - TWITTER

LISBON – Ketua jurulatih Bayern Munich, Hans-Dieter Flick percaya pemain sayap lincah, Serge Gnabry semakin menghampiri potensi sebagai bintang berkelas dunia selepas muncul wira pasukan itu layak ke pentas final Liga Juara-Juara musim ini.

Gnabry, 25, berjaya meledak dua gol membantu Bayern menewaskan Olympique Lyon 3-0 selain satu jaringan daripada Robert Lewandowski pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara di Stadium Jose Alvalade awal pagi semalam.

Kemenangan itu memastikan skuad The Bavarians melangkah ke pentas final bertemu jaguh Pe­rancis, Paris Saint-Germain (PSG) di Stadium Da Luz awal pagi Isnin nanti.

Flick, 55, mengakui prestasi Gnabry sejak tahun lalu cukup luar biasa dan tidak terkejut jika ada yang sudah mengiktirafnya sebagai salah seorang pemain berkelas dunia.

“Gnabry semakin mendapat keyakinan dan ia terbukti de­ngan dua jaringannya hari ini (awal pagi semalam). Kualitinya sudah cukup luar biasa tetapi saya percaya ini adalah permulaan untuk dia mengharungi karier yang hebat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Flick menegaskan, pasukannya perlu memperbaiki aspek pertahanan kerana bernasib baik tidak dibolosi dalam babak pertama disebabkan ketumpulan jentera serangan Lyon.

“Saya akui Lyon memiliki ba­nyak peluang untuk menjaringkan gol. Mereka telah membuktikan kemaraan ke peringkat separuh akhir bukan sekadar nasib tetapi menerusi aksi dan taktikal yang berkualiti.

“Namun, kami berjaya menahan asakan Lyon dan saya harap kelemahan ketara khususnya di bahagian pertahanan ini dapat diperbaiki kerana lawan di final selepas ini lebih sukar iaitu PSG,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI