fbpx

Guan Eng nafi langgar perintah kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng.

PETALING JAYA – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan beliau melanggar perintah kuarantin kendiri dengan menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan bersama-sama mengedarkan bakul makanan.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, kedua-dua dakwaan yang dibuat terhadapnya adalah tidak benar.

Katanya, beliau hanya diberitahu berkemungkinan menjadi kontak rapat dengan seorang pesakit positif Covid-19 pada 1 September lalu ketika menghadiri sidang DUN pada keesokan harinya.

“Selepas makluman itu, saya terus tinggal di rumah dan menjalani kuarantin kendiri sebelum diuji semula dan keputusanya adalah negatif.

“Pada 6 September, Kementerian Kesihatan secara rasminya mengeluarkan arahan kuarantin kendiri di rumah dari 1 sehingga 10 September dan mewajibkan saya memakai gelang merah jambu dan saya tidak keluar ke tempat awam selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Pemuda GERAKAN dan MCA Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Guan Eng yang didakwa melanggar tempoh kuarantin kendiri pada 1 hingga 10 September selepas beliau menghadiri sidang DUN pada 2 September.

Mengulas mengenai pengedaran bakul makanan, Guan Eng berkata beliau tidak keluar mengedar bakul makanan selepas 2 September seperti yang didakwa beberapa pihak berdasarkan hantaran di dalam media sosial Facebooknya.

Katanya, aktiviti pengedaran bakul makanan itu dilakukan beberapa kali pada atau sebelum 31 Ogos di kawasan Parlimennya di Bagan.

“Hantaran Facebook pengedaran bakul makanan dibuat bukan pada hari yang sama, tetapi beberapa hari selepas acara itu diadakan.

Sebelum ini, perbicaraan kes yang membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri tersebut ditangguhkan kepada 22 September ini, selepas beliau diarah menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI