fbpx

Penganggur mengaku cuba rogol warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Mr. Hamaya (tengah) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan cuba merogol seorang warga emas.

PASIR MAS – Seorang penganggur warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba merogol seorang wanita warga emas pada Februari lalu.

Tertuduh, Mr. Hamaya Romli, 38, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah cuba merogol seorang wanita warga emas yang berusia 61 tahun.

Kesalahan itu dilakukan lelaki terbabit di kawasan kebun pokok getah di Kampung Limau Purut, Tanah Merah kira-kira pukul 9 pagi pada 23 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 511 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hajarul Falenna memohon tiada jaminan ditawarkan sepanjang perbicaraan kes kerana tertuduh tinggal bersebelahan rumah mangsa yang kini trauma dengan kejadian tersebut.

Tertuduh dalam rayuannya mengakui melakukan kesalahan itu kerana berada dalam keadaan mabuk sebelum cuba merogol mangsa.

“Saya minum arak dan mabuk sebelum keluar untuk memancing ikan ketika itu. Saya hanya ingat saya memegang wanita tersebut,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI