fbpx

Sembunyi belakang pintu tandas elak dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat daripada enam warga Bangladesh sanggup berhimpit di belakang pintu tandas bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.

MELAKA – Taktik empat lelaki Bangladesh berhimpit dengan bersembunyi di belakang pintu tandas bagi mengelak dicekup pihak berkuasa gagal apabila kesemua mereka ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Melaka, di Kota Laksamana, di sini semalam.

Keempat-empat individu itu antara 125 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan JIM dalam serbuan bersepadu selama enam jam berakhir pukul 4 pagi.

Pengarah JIM Melaka, Anirwan Fauzee Mohd. Aini berkata, kesemua mereka yang berusia 25 hingga 48 tahun itu ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Katanya, hasil risikan, serbuan tersebut telah dijalankan di tiga lokasi berasingan masing-masing di sebuah pangsapuri di sekitar Kota Laksamana, tapak pembinaan sekitar daerah Alor Gajah dan asrama pekerja warg asing di Merlimau, Jasin.

“Ketika serbuan dilakukan di Kota Laksamana, empat daripada enam warga Bangladesh cuba meloloskan diri dengan menyorok di belakang pintu tandas, namun pihak berkuasa berjaya menghidu helah tersebut.

“Keenam-enam mereka berjaya dicekup dan dikesan melanggar pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, antara kesalahan yang dilakukan adalah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa.

Tambahnya, secara keseluruhan, seramai 424 warga asing telah diperiksa, namun hanya 125 yang ditahan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI