fbpx

Suami isteri dicekup curi sarang kelulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarang kelulut yang dirampas polis di Bukit Baru, Melaka, kelmarin.

MELAKA – Sepasang suami isteri antara empat yang dicekup polis selepas dipercayai terlibat dalam kes kecurian sarang kelulut bernilai kira-kira RM5,000, di sini, kelmarin.

Kesemua suspek termasuk seorang lelaki warga asing berusia antara 23 hingga 28 tahun itu dicekup dalam dua serbuan berasingan di Bukit Katil dan Kampung Alai, kira-kira pukul 12.40 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kesemua suspek diberkas selepas dipercayai telah mencuri 10 batang pokok sarang kelulut milik seorang lelaki berusia 55 tahun di Bukit Kecil, Paya Dalam.

“Pada 19 Ogos lalu pihak polis menerima laporan daripada pemilik sarang berkenaan mendakwa 10 batang pokok sarang kelulut yang diletakkan di bawah pokok rambutan di hadapan laman rumahnya dengan anggaran nilai RM5,000 telah dilarikan.

“Melalui siasatan dijalankan, kita berjaya mengesan dan menangkap empat suspek termasuk pasangan suami isteri yang dipercayai melakukan perbuatan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, susulan tangkapan tersebut pihaknya turut merampas empat batang sarang kelulut yang dijual suspek kepada pengusaha kelulut lain di kawasan Bukit Baru.

“Susulan tangkapan suspek, pihak polis berjaya menyelesaikan dua lagi kes curi sarang kelulut yang berlaku di kawasan Melaka Tengah dan Jasin.

“Hasil soal siasat, kesemua suspek dipercayai aktif melakukan kegiatan tersebut sejak bulan lalu,” katanya.

Katanya, suspek kini direman sehingga sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI