SEDANG asyik melayan TikTok, tiba-tiba muncul sebuah video memaparkan aksi si kecil cantik manis, Ruhainies sedang menari.
Pada pandangan mata Mizz Lahar, nampak biasa sahaja tetapi lain pula halnya dengan netizen.
Kebanyakan netizen menegur fesyen seluar yang dipakai Ruhainies dalam video tersebut kerana menyerupai warna kulit.
Malah, ada yang menyangka pelakon drama Cukup Derita Itu tidak berseluar. Alahai mata netizen, nakal betul!
“Terkejut aku, ingatkan dia tidak pakai seluar,” komen seorang pengguna TikTok.
“Dia yang pakai, aku yang segan nak tengok,” tegur seorang lagi netizen.
Selain itu, rata-rata netizen turut menitipkan nasihat agar Ruhainies lebih berhati-hati dalam memilih pakaian, risau jatuh fitnah orang yang memandang.
Rasa-rasanya nasihat netizen tersebut boleh juga ditujukan kepada selebriti lain yang sengaja tayang dan memakai baju seakan-akan warna kulit.
MIZZ LAHAR: Agak-agaknya apa tindakan badan dan persatuan yang menjaga soal anak seni terhadap selebriti tanah air yang enggan menerima vaksin?