fbpx

Curi lori untuk kutip besi buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori yang dicuri dua lelaki bagi mengutip dan menjual besi buruk.

KLANG – ‘Keseronokan’ dua lelaki menggunakan lori curi bagi mengutip besi buruk sejak 20 hari lalu berakhir apabila dicekup di Jalan Dato Dagang di sini hari ini.

Kedua-dua suspek termasuk seorang daripadanya mempunyai 15 rekod jenayah berusia 39 dan 43 tahun ditangkap pukul 2 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pembongkaran itu susulan rondaan dilakukan anggota polis selepas curiga terhadap aktiviti seorang lelaki yang sedang memunggah barang-barang kitar semula yang dilonggokan sampah ke dalam sebuah lori jenis Isuzu Commando.

Katanya, semakan terhadap nombor pendaftaran lori digunakan suspek mendapati kenderaan tersebut telah dicuri di pada 24 Ogos lalu di sekitar daerah ini.

“Lori tersebut adalah merupakan milik seorang kontraktor Telekom berusia 65 tahun yang hilang disyaki dicuri selepas meletakkannya di hadapan rumah pekerjanya.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek menggunakan lori tersebut untuk mengutip dan menjual besi buruk,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kata Shamsul Amar, hasil siasatan mendapati dalang utama aktiviti curi itu adalah salah seorang suspek ditangkap dan yang mempunyai 15 lampau berkaitan dadah, mencuri, menceroboh, ugutan jenayah dan mencederakan orang.

Ujarnya, rakan suspek itu juga mempunyai tiga rekod berkaitan dadah.

“Kita telah merampas lori tersebut bersama serangkai kunci dengan kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam jenayah berkenaan.

“Mereka kini direman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI