fbpx

AEON sediakan lot niaga untuk IKS 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafie (kanan) dan Hasnol (kiri) pada sesi pelancaran KBBM 2021@AEON yang diadakan secara maya hari ini.

PUTRAJAYA – Syarikat peruncitan, AEON Co. (M) Bhd. (AEON) menawarkan lot niaga bagi usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2021@AEON bermula pertengahan Ogos hingga hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Shafie Shamsuddin berkata, mekanisma lain yang akan dilaksanakan sempena KBBM 2021@AEON adalah promosi melalui media sosial seperti FB Live dan diskaun istimewa sempena musim perayaan.

Menurutnya, kesemua cawangan AEON dan AEON BiG di seluruh negara terlibat dengan KBBM 2021@AEON yang menawarkan pelbagai produk menarik dengan harga berpatutan.

“AEON juga akan menggunakan platform digitalnya bagi mempromosikan barangan tempatan.

“AEON sentiasa mempromosikan barangan buatan Malaysia melalui mekanisme-mekanisme yang ditawarkan untuk memastikan kempen ini dapat memberikan impak besar kepada sektor peruncitan tempatan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis kempen KBBM 2021@AEON yang dirasmikan secara maya oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam, hari ini.

Shafie berkata, dengan niat membangunkan usahawan tempatan, AEON turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk program PUPUK@AEON.

Katanya lagi, program itu bertujuan memperkasakan perusahaan mikro menerusi kaedah pendigitalisasi yang lebih sistematik untuk pemasaran serta jualan dalam talian secara efektif dan berdaya saing.

“Kami juga akan membuka ekosistem yang sedia ada untuk memberi peluang pembangunan perniagaan kepada perusahaan mikro merangkumi pemanfaatan produk jualan dan perkhidmatan AEON, kedai fizikal dan digital, rangkaian logistik dan saluran komunikasi AEON serta perkhidmatan kewangan melalui AEON Credit Service (M) Berhad.

“AEON amat berterima kasih kepada KPDNHEP atas peluang kolaborasi ini dan sebagai rakan strategik peruncitan, kami memberikan kerjasama penuh dan akan mendukung aktiviti pemasaran dan jualan terbaik – offline serta online – bagi memastikan kejayaan kempen,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI