KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengempur 10 buah premis dikendalikan tanpa lesen warga asing dalam serbuan berasingan di sini semalam.
Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, serbuan bermula 12 tengah hari itu melibatkan kawasan di Taman Dato’ Bandar dan Jalan Abadi 10D/KU8.
Katanya, hasil serbuan mendapati antara perniagaan dijalankan termasuk kedai runcit, gunting rambut, menjual ayam hidup, arak dan kedai makan.
“Sitaan itu dilakukan mengikut kesalahan Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Pelesenan Tred Perindustrian dan Perniagaan UUK 3(1) Pelesenan Establisymen Makanan MPK 2007.
“Kita ingin menegaskan tidak sesekali berkompromi dalam isu melibatkan peniaga warga asing di daerah ini dengan operasi akan diperhebatkan dari masa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Fadzli turut mengingatkan semua warga tempatan tidak menyewakan premis atau lesen mereka kepada warga asing kerana ia kesalahan serius dalam penggunaan lesen perniagaan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929