fbpx

MBK pasang CCTV rakam pencuri pokok bunga hiasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan tanda peringatan yang dipasang MBK bagi memaklumkan kepada orang awam mengenai pemasangan CCTV di sekitar bandaraya Kuantan.

KUANTAN – Kejadian kecurian pokok bunga hiasan milik Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) yang kerap berlaku sebelum ini memaksa pihak terbabit memasang televisyen litar tertutup (CCTV) bagi mencegah kejadian sama berulang.

Sebelum ini kerap berlaku kecurian pokok bunga hiasan terutama di sepanjang jalan pintasan Kuantan – Pelabuhan (Bypass), Taman Tas dan Jalan Wong Ah Jang, di sini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal berkata, penanaman pokok bunga hiasan itu bertujuan untuk mengindahkan landskap bandar raya ini.

“Malangnya ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencuri pokok bunga malah kejadian itu sudah banyak kali berlaku.

“Pada penghujung Ogos lalu, kami mendapati banyak pokok bunga hiasan yang ditanam dicuri. Setakat ini sebanyak 150 pokok bunga spesis ‘ixora sunkist’ bernilai RM2,500 telah hilang,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya tindakan pemasangan CCTV terpaksa dilakukan bagi mengesan pihak yang mencuri pokok bunga hiasan seterusnya mengambil tindakan undang-undang.

Beliau memberitahu, setakat ini, sebanyak 10 CCTV dipasang di kawasan strategik dan pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan kejadian itu tidak berulang lagi.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu akan menyebabkan usaha MBK untuk mengindahkan persekitaran bandar raya ini akan terbantut. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI