PUTRAJAYA – Sebanyak 19,733 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,900,467 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan sebanyak 3,100 kes, diikuti Selangor sebanyak 2,989 kes, Pulau Pinang sebanyak 2,474 kes dan Sabah sebanyak 2,067 kes.
“Johor pula (1,867 kes), Kedah (1,564 kes), Kelantan (1,471 kes), Perak (1,319 kes), Terengganu (904 kes), Pahang (700 kes), Kuala Lumpur (537 kes), Melaka (375 kes) dan Negeri Sembilan (256 kes).
“Perlis (74 kes), Putrajaya (29 kes) dan Labuan (tujuh kes),” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929