fbpx

Aktiviti perjudian di Segamat kes lama – Ayob Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Premis yang didakwa menjalankan aktiviti perjudian di Segamat tular di media sosial adalah kes lama. - Foto IHSAN POLIS

JOHOR BAHRU – Aktiviti perjudian didakwa berlaku dalam daerah Segamat yang tular di media sosial sejak semalam adalah maklumat kes lama.

Ketua Polis Johor, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberi respon itu susulan gambar yang dimuat naik melalui facebook Malaysia Crime Watch-My Watch.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah mengambil tindakan dengan sebelum ini dengan mengeluarkan kompaun selain bekalan elektrik sudah pun dipotong sejak September 2019.

“Selepas menerima maklumat ini (gambar tular) kita terus melakukan siasatan dan mendapati gambar itu adalah kes lama.

“Polis dan PBT sudah pun ambil tindakan dengan 15 serbuan sebelum ini dan bekalan elektrik sudah dipotong Tenaga Nasional Berhad (TNB),”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, siasatan juga mendapati, sehingga kini premis itu tidak lagi beroperasi termasuklah perniagaan kopitiam.

Dalam pada itu, Ayob Khan mengingatkan orang ramai agar menyemak kesahihan sesuatu berita kerana perkara ditularkan itu tidak semestinya benar.

Katanya, pihak polis sentiasa peka kepada sebarang maklumat yang disalurkan oleh orang ramai.

“Walau bagaimanapun pasti maklumat disebarkan itu tidak mempunyai niat atau kepentingan orang lain.

“Polis Johor amat mengalu-alukan maklumat orang ramai namun menasihatkan agar tidak menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan ketenteraman awam dan masyarakat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI