fbpx

Sambut hari lahir ke-18 semasa terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Airoul (duduk) meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-18 semasa menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV Kopeladar, Wakaf Bharu hari ini.

TUMPAT – Sambutan hari lahir yang ke-18 seorang remaja pada tahun ini menjadi detik yang paling diingatinya apabila disambut di pusat pemberian vaksin (PPV) ketika dia menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama hari ini.

Ahmad Airoul Firhan Mohd. Rosdi dari Kampung Alor Pasir di sini berkata, dia yang mendaftar dalam aplikasi MySejahtera pada 11 Ogos lalu terkejut apabila menerima panggilan untuk menerima suntikan vaksin pada tarikh hari lahirnya.

“Sebelum mendapat tarikh suntikan, saya memeriksa aplikasi MySejahtera setiap hari kerana tidak sabar untuk divaksin meskipun ragu-ragu memandangkan belum lagi cukup umur 18 tahun.

“Pada minggu lalu, saya menerima tarikh janji temu vaksin Covid-19 hari ini yang merupakan sambutan hari lahir yang ke-18,” katanya ketika ditemui pemberita di PPV Dewan Koperasi Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan (Kopeladar), Wakaf Bharu di sini hari ini.

Penuntut Kolej Matrikulasi Kedah dalam jurusan Sains itu berkata, dia terpaksa ponteng kelas secara dalam talian untuk hadir ke PPV hari ini, namun sudah memaklumkan pensyarahnya malam tadi.

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, dia juga sempat menghadiri ujian secara dalam talian pagi tadi sebelum bersiap untuk ke PPV.

Berkongsi kegembiraan, ibunya, Siti Rohana Idris, 41, turut menempah 50 pek pulut kuning untuk diagihkan kepada petugas di PPV berkenaan.

Selain itu, sebiji kek yang ditaja oleh sebuah badan bukan kerajaan, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan juga disediakan di PPV berkenaan yang akan dikongsi bersama petugas barisan hadapan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI