fbpx

Pelajar belum divaksin boleh ‘walk-in’ tunjuk kad matrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin, (dua kanan) dan Adham (dua kiri) menunjukkan nota serah tugas jawatan Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di ibu pejabat CITF Putrajaya hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Lebih 200,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang belum divaksin, kini boleh berbuat demikian secara ‘walk-in’ atau jumpa terus di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Demikian jaminan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba sebagai mengulas isu ramai pelajar IPT awam dan swasta di negara ini yang tidak daftar vaksinasi.

“Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sudah buat keputusan untuk membenarkan para pelajar terbabit untuk datang ‘walk-in’ di PPV dengan syarat tunjuk kad matrik sah,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis serah terima tugas secara rasmi dengan penyandang sebelumnya, Khairy Jamaluddin yang juga bertukar portfolio sebagai Menteri Kesihatan baharu.

Adham berkata, CITF sudah menerima rekod dari Kementerian Pengajian Tinggi yang menunjukkan seramai 547,595 pelajar IPT awam dan swasta di seluruh negara sudah lengkap vaksin.

Angka itu katanya, mewakili 53.2 peratus tetapi semakan kementerian itu juga mendapati lebih 195,000 atau 37.5 peratus pelajar IPT awam langsung tidak mempunyai rekod pendaftaran vaksinasi.

“Jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding pelajar IPT swasta pula yang tiada rekod pendaftaran imunisasi iaitu lebih 51,000 atau 10.2 peratus sahaja setakat ini,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI