fbpx

Vaksinasi ‘walk-in’ Pulau Pinang terima sambutan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada kalangan penerima vaksin yang datang secara 'walk-in' sedang menunggu giliran masing-masing di PPV Dewan Milenium, Kepala Batas, hari ini

SEBERANG PERAI – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Millenium, Kepala Batas di sini hari ini dibanjiri ratusan warga tempatan yang mahu mendapatkan vaksin Covid-19 secara ‘walk-in’.

Tinjauan Kosmo! mendapati, kebanyakan mereka yang hadir terdiri daripada golongan muda berusia awal 20-an serta mereka yang belum berdaftar dalam aplikasi MySejahtera.

Difahamkan, ada di antara mereka yang telah menunggu sebelum pukul 9 pagi walaupun pemberian vaksin dijadual bermula sekitar pukul 10 pagi.

Menurut petugas di PPV berkenaan, sebanyak 2,200 dos vaksin diperuntukkan hari ini dengan 500 daripadanya dikhususkan kepada penerima yang datang secara ‘walk-in.

Seorang pembantu kedai makan, Mohd. Razman Ramli, 23, berkata, dia mendapat tahu mengenai pemberian vaksin secara ‘walk-in’ selepas tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Sebanyak 10 PPV di seluruh negeri dibuka untuk vaksinasi secara ‘walk-in’ bermula hari ini.

Selain mensyaratkan pemberian vaksin kepada warganegara serta mereka yang berusia 18 tahun ke atas, individu yang belum mendaftar menerusi MySejahtera dan belum menerima tarikh vaksin juga dibenarkan hadir bergantung kepada kapasiti dos vaksin yang diperuntukkan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI