fbpx

Perak catat empat kluster baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perak mencatatkan sebanyak 1,197 kes baharu dengan 15 kluster aktif dengan Kinta merekodkan kes tertinggi. .- Gambar hiasan

IPOH – Sebanyak empat kluster baharu Covid-19 dicatatkan di Perak sepanjang 48 jam lalu iaitu
Kluster Jalan Pelabuhan Empat di Manjung, Kluster Jalan Lasah (Kuala Kangsar), Kluster Jalan Haji Wahab (Perak Tengah) dan Kluster Jalan Sungai Pulau (Larut Matang Selama).

Jabatan Kesihatan negeri (JKN) Perak memberitahu, ia melibatkan satu kluster tempat kerja manakala bakinya kluster kumpulan berisiko tinggi iaitu masing-masing pusat jagaan, pusat pemulihan dan pusat perubatan.

“Kluster Jalan Pelabuhan Empat diumumkan semalam melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Pelabuhan 4, Manjung dengan kes indeks melibatkan wanita warga tempatan yang positif pada 24 Ogos lalu.

“Ia telah mencatatkan 96 kes baharu semalam dengan jumlah keseluruhan adalah 106 kes hasil saringan daripada 221 individu bergejala,” menurut kenyataan pada laman Facebook JKN Perak.

Kluster Jalan Lasah pula melibatkan kakitangan pusat perubatan di Jalan Felda Lasah, Kuala Kangsar dengan kes pertama direkodkan pada 20 Ogos lalu melibatkan wanita warga tempatan dan kini kesemuanya 23 kes daripada 36 saringan.

“Sebanyak 12 kes pula dikesan bagi kluster Jalan Haji Wahab daripada 51 saringan melibatkan kakitangan dan penghuni sebuah pusat jagaan di Jalan Haji Wahab, Kampung Tengah di Perak Tengah.

‘Kes indeks lelaki warga tempatan berusia 28 tahun yang positif Covid-19 pada Sabtu lalu menyebabkan kluster Jalan Sungai Pulau melibatkan kakitangan dan penghuni pusat pemulihan di Batu Kurau dengan 44 kes daripada 112 saringan,” ujar kenyataan itu.

Sehingga semalam jangkitan Covid-19 di Perak mencatatkan sebanyak 1,197 kes baharu dengan 15 kluster aktif manakala tiga daerah tertinggi adalah di Kinta iaitu 262 kes diikuti Larut Matang Selama (209) dan Manjung (188). – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI