fbpx

Pendaki OKU cedera diusung turun dari Bukit Kertau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pendaki OKU yang cedera diusung turun pihak JBPM di Bukit Kertau hari ini.

MARAN – Kegembiraan sekumpulan pendaki yang berjaya menawan puncak Bukit Kertau bertukar cemas selepas seorang pendaki terjatuh dan cedera.

Mangsa Amir Fuad Ahmad Fauzi, 29, yang memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran mengalami kecederaan di bahagian lutut sebelah kiri sehingga tidak dapat berjalan menuruni bukit berkenaan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Maran, Samsul Effendi Sulaiman berkata, bomba yang menerima panggilan kira-kira pukul 11.12 pagi bergegas ke tempat kejadian.

“Apabila tiba di tempat kejadian pihak bomba memberikan rawatan awal sebelum dibawa turun menggunakan pengusung.

“Setibanya di bawah mangsa diserahkan kepada pihak Klinik Kesihatan Chenor,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI