fbpx

Lelaki warga emas hilang selepas berkebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian anggota mencari dan menyelamat menerima taklimat daripada Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd. Haki Hasbullah di Pasir Gajah, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas tidak pulang dari kebunnya di Pasir Manggang, Kampung Pasir Gajah dekat sini semalam.

Anak sulungnya, Kamrudin Othman, 59, berkata, ayahnya, Othman Daud, 79, telah keluar dari rumah mereka untuk ke kebun pada pukul 7.30 pagi.

Dia berkata, kebun tersebut agak jauh di pendalaman dan bapanya perlu berbasikal sebelum menaiki perahu menyeberang sungai dalam tempoh kira-kira 50 minit sebelum tiba ke kebunnya.

“Itulah rutin ayah saya setiap hari sejak 39 tahun lalu. Biasanya beliau akan selesai berkebun dan tiba di rumah pada pukul 2.30 petang namun semalam tidak pulang-pulang lagi walaupun sudah pukul 4.30 petang.

“Saya dan adik yang telah cuba mencari ayah di kebun masing-masing menggunakan jalan sungai dan darat namun bukan sahaja kelibat beliau malah perahunya juga tidak dijumpai,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Kamrudin berkata, dia hanya menemui basikal milik ayahnya di pengkalan sungai sebelum melaporkan kehilangan tersebut kepada pihak polis di Balai Polis Pasir Gajah dekat sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pasukan mencari dan menyelamat yang dianggotai 73 orang telah ditubuhkan untuk menjejak Othman bermula pukul 9 malam kelmarin namun masih belum menemui warga emas itu sehingga kini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI