fbpx

APMM Pulau Pinang rampas 45 bubu naga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM rampas 45 set bubu naga bernilai hampir RM5,400.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang merampas 45 set bubu naga semasa pemeriksaan di empat lokasi di sekitar 1 batu nautika barat Sungai Jawi dekat sini semalam.

Operasi itu dibuat ketika rondaan rutin Op Benteng Laut dan Op Pertiwi di perairan negeri ini di antara pukul 5 petang hingga 5.45 petang.

Pengarah APMM negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, pada operasi itu, pihaknya mengesan beberapa pelampung mencurigakan di permukaan air dan disyaki penanda bubu naga.

Bubu naga yang dirampas APMM Pulau Pinang di perairan negeri ini semalam.

“Pemeriksaan di keempat-empat lokasi telah menemui 45 set bubu naga bernilai hampir RM5,400.

“Kesemua bubu naga itu dirampas dan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, penggunaan bubu naga diharamkan kerana sifatnya yang tidak selektif dan boleh merosakkan ekosistem perairan serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan lain.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.

Sementara itu, Abd. Razak berkata, orang ramai boleh membuat aduan dan melaporkan kes kecemasan di laut dengan menghubungi talian 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI