fbpx

Identiti mayat terapung di Sungai Dungun dikenalpasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis mengangkat mayat Kaherol Amry yang ditemui terapung di kawasan menyedut pasir di Sungai Dungun berhampiran Kampung Padang Pulut, Dungun semalam.

DUNGUN – Identiti mayat tidak berpakaian yang dijumpai kawasan menyedut pasir di Sungai Dungun berhampiran Kampung Padang Pulut di sini semalam telah dikenal pasti sebagai Kaherol Amry Hashim, 48.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pengecaman telah dilakukan ahli keluarga mangsa di Unit Forensik, Hospital Dungun di sini.

 

KAHEROL

“Mayat tersebut disahkan sebagai Kaherol Amry Hashim yang menetap di Kampung Rantau Panjang di sini oleh ahli keluarganya.

“Kali terakhir dia dilihat sedang mandi di dalam sungai itu tidak jauh dari lokasi ditemui pada Ahad lalu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, mayat Kaherol Amry yang sudah mereput ketika ditemui dipercayai meninggal dunia akibat lemas.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan seorang pekerja rumah pam pasir menjumpai mayat lelaki terapung pada pukul 1 petang.

Siasatan awal polis tidak menjumpai sebarang unsur jenayah pada mayat Keherol Amry. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI