PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Ismail Sabri berkata, pertemuan tersebut dilakukan bagi membincangkan tentang cabaran ekonomi termasuk isu semasa berkaitan Covid-19.
“Hari ini saya telah menerima kunjungan daripada mantan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Najib Razak.
“Dalam pertemuan selama sejam ini, kami telah membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik Covid-19,” jelasnya di Facebook sebentar tadi.
Jelasnya, Najib turut komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta. – K! ONLINE