fbpx

[VIDEO] ‘Maafkan Mama sebab tak jaga Fayyadh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur SHAMIMI menangis melihat jenazah Fayyadh Ukasyah yang ditemui lemas dalam lombong dekat rumahnya di Taman Kinta Baru, Gopeng semalam.

GOPENG – Linangan air mata dan ungkapan maaf berkali-kali diucapkan Nur Shamimi Abdul Malek sebaik sahaja melihat jasad kaku anak lelakinya yang ditemui mati lemas dalam lombong di Taman Kinta Baru di sini semalam.

Nur Shamimi, 26, yang mena­ngis sambil mengusap wajah anak kedua daripada lima beradik itu terpaksa dipapah dan ditenangkan ahli keluarga.

“Mama minta maaf. Maafkan mama sebab tak jaga Fayyadh baik-baik,” rintih Nur Shamimi.

Fayyadh

Kehilangan kanak-kanak hiperaktif, Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid, 6, yang mempunyai masalah pendengaran dan bisu itu disedari ibunya pada pukul 6.30 petang kelmarin setelah didapati tiada di ruang tamu rumah.

Menurut Nur Shamimi, dia menyedari kehilangan anaknya setelah melihat pintu geriji besi dan pagar rumah terbuka lalu segera mencari di taman permainan berhampiran.

“Ketika hilang semalam, firasat saya kuat kata Fayyadh memang pergi ke taman. Selalunya, kalau keluar dia ke taman main papan gelungsur sahaja.

“Sebab itu kami cari Fayyadh di situ. Saya tak sangka langsung dia akan ke lombong, walaupun dekat taman tapi memang dia tidak pernah ke sana,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kinta Baru semalam.

“Dia memang 24 jam dengan saya, kalau mahu tidur pun dia akan tunggu saya dahulu. Walaupun tidur berhimpit dan hanya dapat pegang kaki, itu pun cukup untuk dia tidur lena.

“Saya cari dia sampai 4.30 pagi. Saya pergi ke tempat dia selalu main, saya panggil nama dia tapi tidak jumpa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim mengesahkan mayat kanak-kanak dijumpai pada jarak 80 meter dari rumah keluarganya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI