fbpx

311 kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 311 kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 sebanyak 18,802 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif pula merekodkan sebanyak 252,002 kes termasuk 977 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 447 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Kes harian merekodkan sebanyak 18,547 kes termasuk 18 kes import dengan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,880,734 kes.

“Sebanyak 18,902 kes sembuh dan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 1,609,930 kes,” katanya pada Facebook di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI