fbpx

Rezeki menanti untuk pembuat pulut kuning

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banyak perniagaan kembali 'bernyawa' selepas di buka kembali. - Gambar hiasan

Mudahnya platform digital yang membolehkan masyarakat kini berkongsi ilmu, menimba pelbagai maklumat dan pengetahuan serta mendekatkan diri dengan aktiviti pembelajaran agama Islam termasuk membetulkan bacaan al-Quran dengan cara yang betul.

Rahmat di sebalik pandemik, trend menghadiri mesyuarat dan pelbagai penganjuran majlis korporat atau awam juga turut berubah dengan menggunakan platform maya yang memberi banyak kebaikan kepada penganjur dan juga peserta.

Tidak memerlukan sebarang kos untuk membayar tol, minyak dan tempat letak kereta serta membazirkan masa bersiap dan bertolak lebih awal dari rumah bimbang terperangkap kesesakan jalan raya untuk menghadirkan diri secara fizikal di lokasi majlis, penyertaan kini hanyalah dengan membuat pendaftaran awal serta klik di pautan yang disediakan penganjur pada masa yang ditetapkan.

Bagi penganjur pula, mereka dapat menikmati penjimatan yang sangat besar khususnya dalam perbelanjaan tempahan hotel, dewan atau bilik mesyuarat, tempahan makanan dan minuman serta perbelanjaan lain-lain seperti cenderahati.

Sempat berbual dengan beberapa pengasas produk dan penganjur majlis mengenai trend penganjuran majlis seperti pelancaran produk dan juga majlis ilmu lain secara norma baharu ini, rata-ratanya melihat platform digital banyak membantu syarikat untuk terus aktif mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Bagaimanapun, usahawan ini bimbang terhadap penglibatan peserta dalam sesi tersebut tidak berkesan sepenuhnya kerana dilihat sebagai komunikasi satu hala daripada pihak penganjur sahaja.

“Kita tidak tahu, adakah mereka masih berada di hadapan gajet masing-masing sepanjang majlis tersebut, kerana kita cuma lihat gambar mereka sahaja yang terpampang pada skrin.

“Dalam masa yang sama, mereka turut terdedah untuk fokus kepada aktiviti lain yang tidak dapat dikesan oleh penganjur,” jelas usahawan tersebut.

Seorang lagi pengasas syarikat lebih suka menganjurkan sesebuah majlis secara bersemuka dengan jemputan yang terhad bilangannya kerana memberi peluang kepadanya untuk berbual, berbincang dan mendapatkan maklum balas dengan segera daripada kumpulan sasaran.

Kejayaan program vaksinasi yang semakin menunjukkan hasil dan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) yang ketat dilihat mampu memberi ruang dan peluang kepada pembukaan sektor yang berkaitan dengan penganjuran pelbagai majlis rasmi, korporat dan juga awam.

Sekali gus, ia membuka semula pintu rezeki kepada banyak segmen bisnes yang berkaitan seperti perhotelan, katering, penghias dewan, penganjur majlis, kumpulan juruteknik lampu dan pentas, juru acara majlis, penyedia cenderahati, malah kepada pembuat kek dan pulut kuning.

Mereka juga kumpulan yang terjejas teruk sebelum ini dan sekiranya peluang diberikan untuk kembali bangkit, rangkaian perniagaan yang berkaitannya turut berseri semula, peluang pekerjaan juga terbuka luas dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI