fbpx

Semut punca pesawat Air India lewat berlepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kru pesawat Air India tersebut memindahkan penumpang ke sebuah pesawat lain sebelum berlepas pada pukul 5.20 petang. – AFP

NEW DELHI – Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan  Air India yang hampir berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi mengalami kelewatan  selama lebih tiga jam selepas kawanan semut ditemui di bahagian kelas perniagaan pesawat tersebut, lapor akhbar Hindustan Times semalam.

Keadaan itu menyebabkan penumpang terpaksa dipindahkan ke pesawat Boeing 787-8 yang lain.

Pesawat dengan kod penerbangan AI-111 menuju ke London itu akhirnya berlepas pada pukul 5.20 petang (waktu tempatan) berbanding jadual asal pada pukul 2 petang.

Laporan media tempatan bagaimanapun tidak menyatakan spesies semut yang ditemui pada pesawat tersebut.

Antara penumpang yang turut berada dalam pesawat tersebut ialah Putera negara Bhutan, Jigme Namgyel Wangchuck. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI