fbpx

Pelajar jadi manusia pertama di dunia mampu kawal saiz anak mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Contoh tangkap layar pengecilan dan pembesaran saiz anak mata secara spontan yang dirakam dalam sebuah video tiktok. - TikTok

MUNICH, Jerman – Seorang pelajar berusia 23 tahun di Jerman dipercayai merupakan manusia  pertama di dunia yang mampu mengecil dan membesarkan anak matanya secara spontan, lapor portal Oddity Central, kelmarin.

Pelajar dikenali sebagai D.W. itu melakukan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan secara saintifik biarpun selepas melalui beberapa peringkat ujian.

Menurut D.W., dia menyedari kelebihannya yang mampu mengawal saiz anak mata ketika berusia 16 tahun semasa mahu merehatkan mata selepas bermain permainan di skrin komputer.

“Saya menunjukkan kepada rakan bahawa saya boleh mengawal anak mata saya dan mereka menjadi saksi ia bertukar kecil serta besar mengikut kehendak saya,” jelas D.W kepada pengarang kanan laporan kes baharu Jabatan Psikologi Eksperimen Universiti Utrecht, Belanda.

Pasukan penyelidik di Universiti Ulm, Jerman membuat pelbagai kajian bagi mengenal pasti kewujudan fenomena itu termasuk mengukur sifat elektrik dan ujian psikologi ke atas lelaki itu.Bagaimanapun, saintis tidak menemui punca sebenar kemampuan D.W. mengawal saiz anak matanya.

Berdasarkan kajian, D.W. mampu membuat kawalan langsung ke atas otot matanya dan meluaskan anak mata hingga mencapai diameter 2.4 milimeter (mm) dan mengecilkannya hingga 0.88 mm. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI