fbpx

Peniaga kesal perisai rotan tradisional diperlekeh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar laman Facebook Keris Empire yang menunjukkan komen segelintir netizen memperlekehkan perisai rotan yang merupakan antara seni warisan tradisional Melayu.

PETALING JAYA – “Tudung saji emak saya lagi cantik”.

Itu antara kata-kata sindiran yang diterima peniaga barangan online melalui laman Facebook Keris Empire, setelah memuat naik gambar perisai rotan tradisional untuk mempromosi produk tersebut.

Menerusi perkongsian berkenaan, penjual yang turut menjual pelbagai jenis senjata tradisional itu meluahkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir masyarakat Melayu tidak menghargai keunikan seni warisan itu ketika mempromosikan perisai rotan berkenaan.

“Semalam kami buat satu hantaran menjual hasil seni warisan pembuatan Perisai Rotan Tradisional Melayu di sebuah page (laman) yang pengikutnya melebihi dua juta orang dan hampir 100 peratus di dalamnya adalah Orang Melayu.

“Ramai yang menyindir dan ramai juga menyokong, kami ucapkan terima kasih,” katanya semalam.

Tambahnya lagi, kata-kata cacian dan sindiran tidak memberikan kesan kepada mereka kerana ia merupakan adat berniaga tetapi mereka berasa kecewa apabila seni tradisional dipandang remeh dan diperlekehkan sesuka hati.

“Kalau selalu bergaduh dengan isteri boleh cuba beli perisai ini untuk mempertahankan diri,” gurau Mohd Said.

“Malu pada Kapten Amerika. Jangan memalukan Melayu. Buatlah sesuatu yang jauh futuristik,” ulas Reduan Mohd.

“Buat tudung makanan pun boleh ini, tidak pun buat tampi padi,” komen James Qhublai Khan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI