fbpx

PU Amin kesal dituduh ‘tentera Dajjal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PU Amin kesal apabila dituduh telah menerima bayaran daripada tentera-tentera dajjal hanya kerana tindakannya mengalakkan orang ramai mengambil vaksin.

PETALING JAYA – Pendakwah kelahiran program realiti televisyen Pencetus Ummah (PU) Amin kesal apabila dituduh telah menerima bayaran daripada tentera-tentera dajjal hanya kerana tindakannya mengalakkan orang ramai mengambil vaksin.

PU Amin menjelaskan, tuduhan itu dibuat selepas beliau berkongsi sijil vaksinasi di laman Instagramnya yang dipercayai dikeluarkan pada zaman Empayar Utmaniyah hingga mengakibatkan kumpulan antivaksin menggelarkan sebagai ‘tentera dajjal’.

“Saya telah dituduh menerima RM20,000 sebulan daripada freemason untuk menggalakkan orang ramai mengambil vaksin.

“Lebih baik saya letak harga RM100,000 sebulan sebab mereka kaya,” katanya semalam.

Tambah bekas peserta program PU 2015 itu, dia menyelar tindakan golongan antivaksin yang tidak senang hati apabila orang ramai menunjukkan sijil vaksin dan mula membuat kempen mengambil imunisasi.

“Setiap hari ada sahaja maklumat palsu dan info konspirasi dikongsikan di sosial media tentang vaksin.

“Tapi bila kita tunjuk sijil vaksin dan buat kempen melenting habis puak-puak ini,” tambahnya lagi.

Dalam kesempatan itu, PU Amin meminta agar orang ramai supaya tidak menjatuhkan hukum kepada sesuatu kerana vaksin juga adalah salah satu ikhtiar untuk mengelak daripada dijangkiti penyakit. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI