PUTRAJAYA: Seramai 5.6 juta rakyat Malaysia termasuk yang belum mendaftar sebagai pengundi akan berpeluang menjadi pemilih pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.
Berita gembira tersebut disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang akhbar di sini hari ini.
Jumlah itu meliputi 1.2 juta golongan remaja sudah berusia 18 tahun sehingga 21 tahun selain 4.4 juta lagi individu berumur 21 tahun ke atas yang langsung tidak pernah mendaftar.
“Ini bermakna SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) perlu membuat persediaan awal yang lebih besar terutama dari segi bilangan petugas bagi hadapi PRU akan datang nanti,” katanya. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929