fbpx

Penjaja kecil dibenarkan berniaga tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayub Jamil

ISKANDAR PUTERI – Golongan peniaga dan penjaja kecil yang tidak mempunyai lesen perniagaan dibenarkan untuk terus berniaga di semua kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil berkata, kebenaran itu diberi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 ketika ini.

Menurut beliau, mereka bagaimanapun perlu memastikan keselamatan, kebersihan dan sentiasa mematuhi undang-undang tempatan.

“Penjaja kecil yang tidak mempunyai lesen pula, PBT Johor akan mengeluarkan permit sementara bagi membenarkan mereka menjalankan aktiviti perniagaan dalam tempoh PPN Fasa 1 ini.

“Selain itu, PBT juga dalam fasa menuju digitalisasi melalui permohonan lesen secara atas talian menggunakan sistem e-PBT. PBT juga akan menyelaraskan proses
permohonan lesen agar urusan dapat dipercepatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14, di Kota Iskandar di sini hari ini.

Tambah Ayub lagi, PBT telah memudahkan regulasi perniagaan dari segi memohon lesen sehingga ke peraturan lain agar tidak membebani rakyat terutamanya peniaga kecil.

“Kelulusan bagi permohonan lesen premis perniagaan yang tidak berisiko adalah dalam tempoh masa sehari manakala bagi permohonan Lesen Premis Perniagaan berisiko tinggi.

“Kelulusan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari melalui Jawatankuasa Teknikal Dalaman dan selepas siasatan dilaksanakan di tapak,” ujarnya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI